Minyak Herba Asmak Satu Ulasan Ikhlas

Minyak Herba Asmak Minyak

Minyak Herba Asmak dari syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd. Jadi 
pada hari ini, terdetik di dalam hati saya untuk menulis satu artikel tentang minyak herba asmak ini. Rasanya kalau sebut sahaja minyak herba asmak, sudah pasti ramai yang tidak tahu mengenai minyak ini. Jadi dengan kesempatan yang ada ini, izinkan saya untuk membuat review dan sedikit ulasan mengenai minyak Herba Asmak ini.. hehehe. Satu lagi, anda juga boleh membaca sebab saya menulis artikel mengenai minyak herba asmak ini. Berbalik kepada topik kita, review/ulasan saya mengenai minyak herba asmak ini akan merangkumi :

  1. Packaging Minyak Herba Asmak 
  2. Keistimewaan Minyak Herba asmak 
  3. Penggunaan Minyak Herba Asmak (penggunaan khusus & penggunaan umum)
  4. Testimoni Minyak Herba Asmak
  5. Cara untuk mendapatkan minyak herba asmak & cara menjadi ejen bagi minyak asmak ini.


1) Packaging Minyak Herba Asmak

Apakah sebab saya turut membuat review mengenai packagingnya sekali? Yang pertama ialah untuk membantu anda (pelanggan) untuk mengenali produk ini dengan lebih mendalam, dengan kata lain untuk mengelakkan anda membeli produk tiruan ataupun yang seakan-akan sama dengan Minyak Herba Asmak ini. Maklumlah dunia sekarang, semua benda orang boleh tiru. Yang kedua ialah keistimewaan yang ada pada packaging (kotak minyak herba asmak) ini sehinggakan membuat saya tertarik dengannya :). Yang terakhir sekali, sudah menjadi kegemaran saya, sekiranya review sesuatu produk, packaging adalah perkara pertama yang akan saya review. Sama seperti review brute pomade yang saya postkan sebelum ini. Bagi mengenali minyak Herba asmak ini dengan lebih dekat saya telah sediakan gambar di bawah ↓↓↓↓
Minyak Herba Asmak Minyak
Botol minyak Herba Asmak

Gambar di atas merupakan packaging pada botol minyak Herba Asmak. Apa yang menarik pada pandangan saya ialah mengenai kotak yang disediakan bersama dengan minyak ini (jika anda membelinya). Penggunaan doodle muslimah, dan juga ayat yang disertakan di atas kotak tersebut "wang boleh dicari, kesihatan tidak boleh dijual beli. Tapi untuk sihat,kita perlu ada wang disaat memerlukan. Menabunglah demi kesihatan, pendidikan dan masa depan yang cemerlang" merupakan satu kelainan pada produk ini. Doodle muslimah yang ada pada kotak minyak Herba Asmak merupakan satu daya tarikan dan menunjukkan bahawa orang yang mencipta minyak herba Asmak ini merupakan orang yang up to date (sekarang trend doodle semakin meningkat, hehehe). Selain itu, ayat 

"wang boleh dicari, kesihatan tidak boleh dijual beli. Tapi untuk sihat,kita perlu ada wang disaat memerlukan. Menabunglah demi kesihatan, pendidikan dan masa depan yang cemerlang"  

memberi satu nasihat kepada pengguna bahawa kesihatan adalah satu perkara penting, apa guna mempunyai banyak harta, kalau badan tidak sihat kan? Namun demikian, badan yang sihat mampu membantu kita dalam mencari rezeki :). Walau bagaimanapun, secara peribadi, saya amat salute kepada pemilik Minyak Herba Asmak yang mampu memberikan satu packaging yang menarik dan membuktikan bahawa minyak Herba Asmak mempunyai satu kelebihan dari segi luaran. Jadi seterusnya mari kita lihat dari segi dalaman.

Minyak Herba Asmak
Kotak dia, nampak menarik kan? hehe

2) Keistimewaan Minyak Herba Asmak

Menurut pengedar utama Minyak Herba Asmak ini, terdapat pelbagai keistimewaan pada minyak ini. Antaranya :
    • Kami ambil masa yang lama untuk menjalankan R&D minyak ini agar ianya selamat dan berkesan lebih cepat. Jadi apakah yang dimaksudkan dengan R&D (Research and Development) yang lama? Untuk pengetahuan, di dalam penghasilan sesuatu produk, tidak kira produk kosmetik, produk kecantikan dan pelbagai produk lagi. R&D adalah amat diperlukan untuk menghasilkan produk yang terbaik. Semakin lama R&D, semakin banyak kos yang dihabiskan, bermakna semakin mendalam kajian yang dibuat dan seterusnya menghasilkan produk yang betul-betul berkualiti bak kata pepatah bukan seperti "melepaskan batuk di tangan". 
    • Kandungan Minyak Herba Asmak yang telah menjalani R&D lebih selamat,lebih suci,tidak "overdose" bahan tertentu dan tidak mengandungi bahan aktif yang tinggi. Perkara ini boleh dilihat sendiri dalam gambar botol Minyak Herba Asmak yang telah saya kongsikan di atas. Anda boleh melihat sendiri kandungan yang digunakan adalah 100% herba/organik iaitu minyak zaitun, minyak kelapa dara, Habbatus sauda dan gamat. Hal ini jelas menunjukkan penggunaan kimia di dalam minyak Herba Asmak jikalau adapun, tidak mendatangkan kemudaratan (peratus yang kecil)
    • Minyak Herba Asmak juga lebih mesra kulit di mana peratusan alahan pada herbanya tersangat rendah. Okay yang ini menjadi salah satu sebab minyak ini menjadi kegemaran keluarga saya. Sebabnya, minyak herba asmak ini sesuai digunakan pada semua kulit, bahkan adik saya yang mempunyai masalah alahan pun dapat menggunakan minyak ini tanpa ada sebarang kesan :)
    • Minyak Herba Asmak lebih cepat menyerap di kulit,sebab itu ramai yang mengakui keberkesanannya jauh LEBIH CEPAT. Okay yang ini saya setuju, sebab saya dah guna pada tengkuk yang lenguh. Alhamdulillah, kesannya dapat dilihat, selepas 2 jam macam tu, lenguh pada tengkuk beransur-ansur hilang.
    • Minyak Herba Asmak berangin dan ianya mengikut piawaian yang ditetapkan.
    • Minyak Herba Asmak amat berkesan untuk merawat asma pada bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Kepada yang menghadapi penyakit asma, ini merupakan satu inisiatif kepada anda untuk mencuba minyak ini. Insya-Allah dengan izin Allah, semuanya akan dipermudahkan.
    • Minyak Herba Asmak bukan sahaja berkesan untuk asma, semput, lelah, batuk, kahak, selsema, gigitan serangga,luka, terkena api tetapi juga berkesan untuk sakit perut, bengkak, lenguh, buasir, sembelit, senggugut,membantu melancarkan darah,sakit kepala,migrain,resdung,sakit gigi,strok dan ulser.
    • Mereka yang mendapatkan Minyak Herba Asmak akan diberikan rundingan cara pakai mengikut masalah yang dihadapi dan biasanya akan dipantau oleh pengedar sah yang mempunyai ID.Malah pelanggan digalakkan berhubung dengan pengedar yang berkenaan sama ada untuk sebarang masalah berkaitan atau berkongsi pengalaman mencuba.
    •  Pijhak pengedar Minyak Herba Asmak juga memberi jaminan kesucian  dan keselamatan produk kepada pengguna. Jadi anda boleh menggunakannya tanpa ada was-was :)
    • Akhir sekali, jom kita tengok video promo yang telah disediakan :


    3) Penggunaan Minyak Herba Asmak (penggunaan asas & penggunaan khusus)

    Bagi penggunaan Minyak Herba Asmak cara paling asas ialah sapu di leher dan ke dada, ke tengkuk dan ke belakang. 

    Manakala bagi penggunaan Minyak Herba Asmak secara khusus, anda boleh memperolehinya melalui panduan yang akan diberikan kepada sesiapa yang membelinya. Maksudnya, penggunaan secara khusus hanya akan diberikan kepada pelanggan sahaja. Oleh sebab itu, jika anda berminat untuk mengetahui penggunaan minyak Herba Asmak secara khusus, dapatkan minyak ini dengan segera :). Sebaik sahaja anda membeli, kertas panduan akan diberikan merangkumi penggunaan khusus untuk:
    • Batuk dan asma
    • Selsema
    • Sakit gigi
    • Kembung Perut
    • Sembelit
    • Luka bersalin Ceaserean
    • Sengatan berbisa, benjol, sakit urat, lebam dan seumpama dengannya
    • Migrain
    • Bisul
    • Sakit pinggang, lenguh-lenguh
    • Senggugut
    • Resdung
    • Ulser
    • Asma pada bayi, (tips untuk menggunakan minyak Herba asmak pada anak bawah 6 tahun turut diberi beserta dengan cara menghilangkan asma yang sukar untuk hilang pada kanak-kanak dan dewasa)
    • Banyak lagi (untuk ketahui banyak lagi, dapatkan minyak Herba Asmak ini)


    Panduan guna Minyak Herba Asmak
    Panduan menggunakan Minyak herba asmak, Diberi untuk pelanggan sahaja, (Jadi saya terpaksa blurkan gambar)


    4) Testimoni Minyak Herba Asmak 


    Testimoni yang pertama sudah tentu datang daripada saya. Jadi apa yang boleh saya katakan secara jujur dan ikhlas, minyak herba asmak ini memang boleh dikatakan mujarab, khususnya untuk selsema dan kahak. Sebab yang ni saya dah try sendiri, alhamdulillah dengan izin ALLAH dipermudahkan segalanya. Bagi sakit-sakit lain, belum boleh try, sebab sakit yang lain tak datang lagi (harap dijauhkan). Oleh sebab itu saya sertakan beberapa gambar daripada testomonial yang lain (pelanggan).


    Testimoni Minyak Herba Asmak

    Testimoni Minyak Herba Asmak

    Dan bagi saya bukti yang paling kukuh untuk menunjukkan minyak herba asmak ini menjadi pilihan orang ramai dan terbukti berkesan ialah gambar di bawah:
    Bukti Minyak Herba Asmak berkesan
    20,000++ Likers, menunjukkan bahawa produk Minyak Herba Asmak menjadi kegunaan dan pilihan orang ramai beb..

    5) Berminat untuk mendapatkan Minyak Herba Asmak & Menjadi ejen Minyak Herba Asmak?


    Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen,boleh ke link di bawah atau hubungi terus  : 


    Minyak Herba Asmak
    Hotline HQ : 019 - 970 8897
    Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/
    Website Minyak Herba Asmak :

    Minyak Herba Asmak

    Instagram : mham.sdnbhd

    Minyak Herba Asmak

      Facebook Page :
    Penawar Asma Mujarab













    Related : Minyak Herba Asmak Satu Ulasan Ikhlas

    5 Komentar untuk "Minyak Herba Asmak Satu Ulasan Ikhlas"

    Wah terbaiklah 😊

    Perghh dah siap artikel yer...Good luck...Menyusul plak artikel MYiDEAKiNi Minyak Herba Asmak... :D

    Wah. Tak sabar nak baca.. hehe.. all the best too

    Dah publish pun artikel...tengoklah yer..

    http://www.myideakini.com/2016/11/minyak-herba-asmak-halal-tanpa-waswas.html