Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini saya nak kongsikan kepada anda mengenai SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS MEMASUKI IPG. Okay pada hari ini, saya mendapat satu soalan daripada seorang hamba Allah yang ingin sangat melanjutkan pengajian di Institut Perguruan (IPG). Jadi beliau telah menanyakan beberapa soalan kepada saya, yang mana soalan beliau mungkin juga soalan yang sering bermain di fikiran anda yang ingin memohon IPG. Jadi disini, saya kongsikan beberapa soalan beliau.
1. Boleh tak cerita pengalaman masa ukcg ?
2. Boleh tak cerita pengalaman masa interview? cnth dri segi pakaian ? susunan sijil dlm fail ? interview ipg mcm mana ? awk dulu sblm hadir interview , apa yg awak prepare ? ada tips nk kongsi ?
3. Masa awak berjaya ipg, orientasi ipg mcm mana ? best tak ?huhu
4. Setahu sy , ipg kan ada program persediaan selama 1 tahun kan ? lepas 1 tahun baru sambung degree ?
5. Awak masuk ipg program persediaan tahun lepas masa bulan 6 tahun 2015 .. jadi awak akan habis program persediaan ipg bulan 6 tahun 2016 ke ? lepas tu bila pulak awak akan sambung degree ipg ? adakah bulan 7 2016 .. atau awak akan sambung degree tahun 2017 ?
6. Masa program persediaan ipg , apa yg awak belajar masa sem 1 dan sem 2 ?
7. Masa program persediaan ipg , kiraan pointer mcm mana ? awak exam mcm mana ? assgment semua tu mcm mana ? adakah semua termasuk dlm kiraan pointer ?
8. Contoh masa program persediaan , kalau kita opsyen BM , adakah kita akan belajar subjek lain? Mcm PENDIDIKAN ISLAM , BAHASA INGGERIS KE ? atau kita hanya belajar BM je ?
9. Kelas mula pukul berapa dan habis pukul berapa ?
Jadi ini adalah jawapan yg dapat saya beri kepada beliau, melalui pengalaman saya sebelum, semasa dan selepas memasuki IPG.
1. Pengalaman masa ukcg? ada yg manis, ada yg pahit, kalau yg manis dapat bertemu ramai kawan-kawan, yg pahit pula. untuk ujian ukcg ni, awak kena pastikan dah ready fizikal dan mental, sbb ujian ukcg ni memang amat menguji minda dan memenatkan. Untuk ujian pertama awak akan menghadapi ujian INSAK. Ujian ini dibuat untuk menguji sahsiah guru yang ada di dalam diri awak. Manakala ujian kedua pula ialah ujian kecergasan fizikal. Andai kata awk dapat untuk ukcg, pastikan seminggu sebelum awak datang uckg, sentiasa bersenam. Kalau boleh sentiasa berjogging pada waktu pagi dan petang, untuk meningkatkan stamina dgn ketahanan badan. Kalau awak tak ready, memang awal-awal lagi akan layu. hehe. Untuk jenis ujian fizikal yg disediakan, awak boleh baca dekat sini http://hanashiraa.blogspot.my/2015/04/ujian-kelayakan-calon-guru-ukcg-2015.html . Macam mana pula dengan yang ada penyakit yang tidak boleh dielakkan semasa ujian fizikal seperti lelah? Perkara ini awak boleh atasi dengan memaklumkan kepada fasilitator yg ada disitu(pastikan surat pengesahan daripada doktor dibawa).
2. Kalau dari segi berpakaian. Pastikan cara pemakaian awak itu ada ciri-ciri seorang cikgu. Itu sahaja. Jangan pakai baju yg terlalu menonjol, kalau saya lelaki, senang jer. Cuma kena pakai baju berkolar + seluar slack hitam + tie. Susunan sijil itu , susunlah dari peringkat tertinggi sehingga ke peringkat terendah. Saya interview di IPG Mizan dan alhamdulillah interview berakhir dengan baik, tapi saya terpaksa menunggu lama untuk diinterview. Bayangkan datang pada pukul 8.00 pagi, pukul 3 petang, baru saya diinterview (group terakhir). Dia akan panggil seramai 8-9 orang bagi satu setiap satu interview. Kalau dlm iv saya, dia ada 3 test. Yang pertama individu, yg kedua pun secara individu (kena soal), yg ketiga barulah secara berkumpulan. Tips saya semasa iv, apabila bercakap, jangan kita nak memonopoli semua, bagi juga dekat org lain untuk bercakap. Kerana dekat situ, panel penemuduga akan lihat cara kita bercakap sama ada sopan atau tidak, jawapan yg logik, munasabah serta menarik dan yg paling penting nilai timbang rasa semasa bercakap. (Tidak bercakap panjang sehingga lari daripada topik).
3. Masa orientasi itu, memang best, cuma kita sebagai batch yang baru masuk, kena pakai baju putih + seluar/kain hitam. Macam masuk tingkatan 6 kan? Tapi sekejap jer pakai macam tu, biasanya perkara ni atas senior yang moderate program orientasi tu, kalau mereka suruh pakai baju biasa maka bersyukurlah kita (macam saya, senior memang sangat baik, tidak ada paksa-paksa, malah jauh sekali dari nak ragging2 ni). Orientasi ni sama saja dengan orientasi Universiti, seminggu sahaja, dan kebanyakan aktiviti yg dibuat adalah untuk mengukuhkan lagi silaturrahim antara cikgu-cikgu.(masuk ipg kan? kena panggil cikgulah, bukan pelajar dah) hehe.
4. Ya, tahun pertama kita masuk ke IPG, kita akan dikenali sebagai PPISMP (Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan) . Boleh dikatakan macam asasi lah(setahun sahaja) . Selepas tamat tempoh setahun, barulah kita dipanggil sebagai PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) selama 4 tahun. Ataupun degree. :)
5. Ya, saya masuk dalam Bulan 6 2015 (22.6.2015), jadi PPISMP saya akan tamat juga pada bulan 6 2016. Dekat IPG ni, cuti kita sama dengan cuti sekolah. Kalau sekolah bercuti, maka IPG akan turut bercuti. Bulan 6 kan ada cuti pertengahan tahun, jadi masa cuti pertengahan tahun kiranya cuti semester bagi IPG. Apabila buka sahaja IPG, secara automatik saya akan menjadi pelajar PISMP SEMESTER 1.
6. Dalam semester 1, saya belajar 8 subjek kesemuanya. Antara subjek yg saya belajar ialah GCI1022 (CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA), GEC1033 (English for Effective Communication), GKB1053 (KEMAHIRAN BELAJAR), GKK1043 ( KESIHATAN DAN KECERGASAN DIRI), GSB1012 ( KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA) dan 3 lagi matapelajaran sejarah (sebab kos utama saya adalah sejarah). Kalau semester 2, sy belum pasti lagi, sebab saya masih belum lagi masuk semester 2.
7. Ok untuk kiraan pointer, kerja kursus dan peperiksaan akhir tahun semester dikira. Maknanya kedua-duanya penting. Untuk semester 1 PPISMP, saya ada 8 subjek, jadi saya ada 8 assignment kesemuanya. 5 subjek bukan sejarah, assignmentnya dikira 100% sebab tidak ada peperiksaan. Sebaliknya berbeza dengan 3 subjek teras saya iaitu subjek sejarah. Subjek teras ini dia ada assignment dan juga peperiksaan. So be prepared. Yang paling penting, dalam menyediakan assignment, jangan malu-malu untuk bertanyakan lecturer dan senior. Mereka inilah yang paling banyak membantu. ;)
Koleksi kerja kursus sepanjang semester 1 PPISMP. hehe
8. Kalau masa persediaan, walaupun kita ambil subjek BM sekalipun, kita tidak akan hanya belajar subjek itu sahaja. Subjek lain akan turut diajar. Dan subjek bahasa Inggeris memang setiap kos akan ada. (di IPG sayalah, yg lain pun rasanya sama.) Pendidikan Islam/moral, akan diajar pada semester 2.
P/S : Kalau ada kesilapan. Betulkan saya. Sekadar berkongsi pengalaman yg dapat :). Artikel ini akan diupdate dari semasa ke semasa. Follow saya untuk mengetahui banyak lagi perkara menarik tentang IPG ini. ;)
☠ My instagram ☠ ⇨ https://www.instagram.com/aimansic97
Related search:
Jika ada apa-apa perkara menarik yang anda ingin tahu, bolehlah follow my IG :)
☠ My instagram ☠ ⇨ https://www.instagram.com/aimansic97
Related search:
- temuduga ipg
- temuduga ipg 2016
- temuduga ipg bahasa melayu
- temuduga ipg 2014
- temuduga ipg 2015
- temuduga ipg matematik
- temuduga ipg sejarah
- temuduga ipg bahasa inggeris
- temuduga ipg sains
- temuduga ipg bahasa arab
- temuduga ipg pendidikan awal kanak kanak
- semakan temuduga ipg ambilan 2014
- soalan temuduga ipg pendidikan awal kanak-kanak
- temuduga ipg bimbingan dan kaunseling
- temuduga ipg bidang sejarah
- temuduga ipg bm
- temuduga ipg bidang matematik
- temuduga ipg bidang sains
- temuduga ipg bidang bimbingan dan kaunseling
- temuduga ipg blogspot
- cara temuduga ipg
- contoh temuduga ipg
- check temuduga ipg
- cara temuduga ipg 2015
- cek temuduga ipg
- calon temuduga ipg
- temuduga di ipg
- pengalaman temuduga di ipg
- contoh soalan temuduga ipg dan jawapan
- temuduga ipg reka bentuk dan teknologi
- soalan temuduga ipg bimbingan dan kaunseling
- pengalaman temuduga ipg bimbingan dan kaunseling
- temuduga ipg english
- etika temuduga ipg
- format temuduga ipg 2015
- temuduga guru ipg
- soalan temuduga guru ipg
- semakan temuduga guru ipg
- tips temuduga guru ipg
- keputusan temuduga guru ipg
- contoh soalan temuduga guru ipg
- temuduga ipg pendidikan islam
- tips temuduga ipg pendidikan islam
- soalan temuduga ipg pendidikan islam
- temuduga ipg bahasa inggris
- temuduga ipg bidang pendidikan islam
- tips temuduga ipg bahasa inggris
- pengalaman temuduga ipg pendidikan islam
- temuduga ipg pendidikan jasmani
- jadual temuduga ipg
- jawapan temuduga ipg
- temuduga ipg kaunseling
- temuduga ipg kplspm
- temuduga khas ipg
- temuduga khas ipg 2015
- temuduga ke ipg
- temuduga khas ipg pendidikan
- semakan temuduga ipg kpm
- semakan temuduga ke ipg
- semakan temuduga khas ipg 2015
- semakan temuduga ke ipg 2014
- temuduga lisan ipg
- lulus temuduga ipg
- semakan keputusan temuduga ipg lepasan spm 2014
- semakan keputusan temuduga ipg lepasan spm 2013
- layak temuduga ipg
- temuduga ipg matematik 2014
- temuduga ipg muzik
- temuduga ipg matematik 2015
- temuduga ipg subjek matematik
- semakan temuduga ipg melalui sms
- soalan temuduga ipg matematik
- temuduga ipg kos matematik
- temuduga ipg pendidikan khas
- temuduga ipg pendidikan pemulihan
- temuduga ipg pemulihan
- temuduga ipg pengalaman
- temuduga ipg 2015 pengalaman
- rayuan temuduga ipg 2015
- rayuan temuduga ipg 2014
- result temuduga ipg 2015
- result temuduga ipg
- rayuan temuduga ipg
- result temuduga ipg 2014
- temuduga ipg subjek sejarah
- temuduga spp ipg
- pengalaman temuduga ipg sejarah
- soalan temuduga sejarah ipg
- semakan temuduga ipg
- temuduga ipg tesl
- soalan temuduga ipg tesl
- tips temuduga ipg
- tips temuduga ipg 2014
- tips temuduga ipg 2013
- tawaran temuduga ipg
- tip temuduga ipg
- tarikh temuduga ipg
- ujian temuduga ipg
- temuduga untuk ipg
- temuduga khas ipg untuk apa
- semakan temuduga ukcg ipgm 2014
- soalan temuduga untuk ipg
- temuduga ipg video
- temuduga ipg seni visual
- temuduga ipg pendidikan seni visual
- semakan temuduga ipg 2014
- keputusan temuduga ipg 2014
- pengalaman temuduga ipg 2014
- soalan temuduga ipg 2014
17 Komentar untuk "Sebelum, Semasa dan Selepas Masuk IPG"
masuk ipg wajib apply ptptn? sebab banyak cikgu yang saya tanya, diorg semua ada ptptn tapi tak tanya pulak ptptn diorg tu utk apa sbb ipg kan mmg dah ada elaun. tapi dengar cerita tahun ni elaun ipg mansuh. betul ke? kiranya kami yang spm-leavers ni terpaksa lah apply jugak ptptn tu?
Kalau masuk ipg ni subjek wajib dia apa ye? Kalau kita ambik subjek bm,perlu belajar jugak ke subjek math? :)
Masuk IPG dia dah tak ada ptptn, elaun akan diberi setiap bulan. Untuk pemansuhan elaun itu hanyalah sekadar khabar angin, jangan percaya benda-benda yang tak sahih ni. Insya-Allah tak akan ada perubahan :)
untuk tahun pertama iaitu PPISMP, awk akan belajar juga math. Saya pun ada belajar juga walaupun ambil kos sejarah. Tapi math dia biasa-biasa saja, tak susah pun :)
Kalau pengesahan salinan sijil tu memang pengetua je ke yang boleh sahkan?
Nanti temuduga dalam bahasa inggeris ke melayu?
Bergantung.. Sy dh pergi temuduga ipg.. Sy dpt kos maths.. Tp x thu lg keputusan.. Hehe... Hrp2 dpt.. Utk penggunaan bahasa mengikut lecturer sbab temuduga sy sepenuhnya dlm bhs melayu.. Tp ade calon lain ckp bm n bi.. So, be prepare.. Jgn takut.. Lecturer sporting..
Saya pun dah pergi first day 9 may semalam hehehe kita sama sebab saya pun dapat kos math. Saya kena speaking hmm haah ikut penemuduga kalau nak speaking, speaking laa hmm. Tulah doa je yang terbaik
Orientasi ni biasa nya bila bermula? Dua hari selepas pendaftaran ke?
Kalau macam saya orientasi bermula selepas pendaftaran, selepas daftar kita akan pergi bilik dulu, rehat2, lepas tu akan ada orientasi :)
Iv di sultan mizan ganu, dapat ipg di mana?
Contohnya, kalo kite dapat ipg, lpstu masuk ipg kejap, then kite keluar ipg. Kena bayar pape x sbagai denda ke ?
assalammualaikom,saya nk tanya di ipg belajar in malay or english?
Salam nak tanya.. boleh tak nak apply rayuan? And mcm mana nak tahu rayuan kita diterima ke tak?
Salam nak tanya.. boleh tak nak apply rayuan? And mcm mana nak tahu rayuan kita diterima ke tak?
Kita boleh pilih subject yang kita nak ajar ke ?
Maaf kerana lambat reply, untuk minor, kita boleh pilih minor apa yang kita nak. Tapi itu berdasarkan kepada minor yang dibuka oleh IPG tersebut. Sbg contoh, di IPG saya.. 7 minor telah dibuka dan pelajar boleh pilih minor apa yang mereka nak :)