Cara Melaporkan Scammer / Mengetahui Scammer di Internet

Cara Melaporkan Scammer / Mengetahui Scammer di Internet


Adakah anda pernah ditipu semasa melakukan pembelian secara atas talian (online) ataupun hampir ditipu? Jadi bagaimana cara untuk mengelakkan perkara ini daripada terjadi? Walaupun anda sudah terkena, tetapi anda boleh menghalang perkara ini daripada terjadi kepada orang lain. Caranya mudah sahaja, anda semua hanya perlu pergi laman web ini TIPU.MY





Laman web TIPU.MY adalah sebuah laman web yang menyimpan segala data yang berkaitan dengan maklumat scammer, dan maklumat ini telah "disubmit" sendiri oleh mangsa yang terlibat. Apa yang menariknya, laman web ini (sehingga 22 Disember 2015) telah menyimpan 20000 database scammer yang ada di internet. 


Kesimpulannya, sebelum anda membuat apa-apa transaksi, amatlah digalakkan untuk memeriksa maklumat penjual tersebut di dalam laman web TIPU.MY ini. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Manakala bagi yang telah menjadi mangsa, anda bolehlah menghantar laporan/report berkenaan dengan penjual/scammer yang telah menipu anda ke laman web ini, agar pembeli-pembeli yang lain tidak terkena. Untuk melaporkan scammer, caranya mudah sahaja, tekan button REPORT SCAMMER di bawah laman web TIPU.MY




Selepas itu, anda bolehlah memasukkan segala data yang berkaitan dengan scammer tersebut. Senang sahaja kan? :) diharapkan penjelasan ini dapat membantu dapat membantu kita semua untuk menangani masalah scammer yang semakin berleluasa di internet sekarang. :)

P/S : Saya juga anda membuat penjualan JAM TANGAN dengan HARGA MAMPU MILIK. Jika anda mahu melihat koleksi jam tangan tersebut, boleh lawati pages FB saya Koleksi Barang Mampu Milik

Related : Cara Melaporkan Scammer / Mengetahui Scammer di Internet

  • Cara Melajukan Broadband (Ping Of Death) Hari ini saya akan ajar anda bagaimana cara untuk HACK broadband. Ingat ini hanya berfungsi untuk broadband SAHAJA (Pada pendapat saya). Cara ini dikenali se ...
  • How To AUTOPOST in Facebook's Group Pada hari ini saya akan mengajar anda semua satu tutorial tentang bagaimana untuk melakukan AUTOPOST ke dalam semua group yang anda sertai/joined di dalam FACEBOOK. Tu ...
  • How To Bypass P1 Wimax Quota 2016/17 PENJUALAN  TRICK KINI DIBUKA UNTUK 5 ORANG SAHAJA BAGI SETIAP BULAN Untuk melepasi/melajukan P1 Wimax selepas kehabisan kuota ada TUTORIALNYA. Tetapi tutori ...
  • Tutorial Pasang Script ANTI ADBLOCK Pada Blog Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua readers, pada hari ini saya nak share dengan anda satu lagi tutorial yang menarik khusunya untuk para bloggers. ...
  • [Tutorial] Domain Murah Serendah RM4.07 Hello semua, pada hari ini saya nak berkongsi dengan anda satu benda yang menarik. Ya, benda tersebut adalah Domain yang tersangatlah murah iaitu hanya RM4.07 s ...

0 Komentar untuk "Cara Melaporkan Scammer / Mengetahui Scammer di Internet"