Peluang Blogger Menangi RM8000 dengan Minyak Herba Asmak

Peluang Blogger Menangi RM8000!!

Assalamualaikum dan selamat Sejahtera,
Hari ini aku nak share satu lagi peluang kepada blogger-blogger di luar sana untuk memenangi hadiah sehingga RM8000 dengan hanya menulis artikel di dalam blog. Ya! dengan hanya menulis artikel, anda berpeluang untuk mendapat hadiah yang lumayan. Bagaimana caranya? Caranya ialah dengan  menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Syarikat milik anak tempatan iaitu Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd iaitu menulis mengenai minyak HERBA ASMAK. Berikut adalah details mengenai pertandingan ini: 


Minyak Herba Asmak, Minyak asma bagi bayi


Syarat Penyertaan

  • Terbuka kepada semua blogger warganegara Malaysia !
  • Artikal berkenaan produk Minyak Herba Asmak
  • 2 kategori iaitu SEO TERBAIK dan ARTIKAL TERBAIK
  • Pertandingan bermula 7HB NOVEMBER hingga 31 DISEMBER 2016


Hadiah Kategori SEO Terbaik

  • Tempat Pertama : Wang tunai RM2,000 + barangan Tupperware + hadiah sampingan
  • Tempat Kedua : Wang tunai RM1,500 + barangan Tupperware + hadiah sampingan
  • Tempat Ketiga : Wang tunai RM1,000 + barangan Tupperware + hadiah sampingan
  • 5 Hadiah Saguhati : Wang tunai RM300 + hadiah sampingan.


Hadiah Kategori Artikel Terbaik

  • Tempat Pertama : Wang tunai RM1000
  • Tempat Kedua : Wang tunai RM500
  • Tempat Ketiga : Wang tunai RM300
  • 5 Hadiah Saguhati


Berminat Untuk Menyertai? Baca Terma dan Syarat:

1. Pendaftaran bermula pada 7 November 2016. Untuk pendaftaran, sila taip 'Nak Join Contest Blog' dan hantar Whatsapp ke no 019-9708897. (Maaf sebab update lambat ;(

2. Pihak syarikat akan poskan Minyak Herba Asmak untuk dipakai dan review, bagi yang belum pernah mencuba produk ini.

3. Blogger yang sudah berdaftar akan dimaklumkan link website rasmi untuk mendaftar secara rasmi (jika perlu).

4. Blogger akan dimaklumkan satu tarikh yang dibolehkan publish artikel. Bagi yang publish lebih awal dari tarikh yang ditetapkan, akan dikira batal.

5. Selepas tamat tarikh pertandingan, panel yang akan membuat pemilihan akan mencari artikel yang berada di ranking teratas Google dengan menggunakan beberapa keyword iaitu
(a) Minyak Herba Asmak,
(b) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd,
(c) penawar asma pada bayi ,
(d) penawar asma dan
(e) minyak asmak.
6. Pemenang dijangka diumumkan awal Januari 2017.


Bagaimana saya boleh tersertai program ini?

Ok jadi saya akan cerita serba sedikit bagaimana saya boleh terpengaruh untuk menyertai Pertandingan Blog: Artikel Minyak Herba Asmak ini. Saya menyertai pertandingan ini disebabkan oleh saudara Ben Ashaari yang telah membuat satu pinned post di dalam Facebook group Kelab Blogger. Nampak RM8000, perrghh merecik,RM8000 bro, bukan nilai yang kecil. Ditambahkan lagi dengan ayat yang ditulis oleh saudara Ben Ashaari
 Korang tak perlu kuarkan modal. Semuanya akan diberi secara PERCUMA ! Korang cuma perlu menulis mengenainya saja..

terus membuatkan saya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan apa lagi, saya teruslah whatsapp  ke nombor yang tertera dengan ayat "Nak Join Contest Blog". Beberapa jam kemudian, dapatlah reply daripada pihak penganjur dan alhamdulillah saya  merupakan blogger yang terawal dan mendapat hadiah penyertaan yang diberikan kepada 200 Blogger terawal. Dua hari selepas itu, sampailah satu set produk ke rumah saya yang mengandungi Minyak Herba Asmak 30 ml, Bedak Asmak 50g, surat penghargaan, panduan untuk pakai dan flyers dua jenis. Gembira tu memang gembiralah, join contest, belum start dah dapat hadiah.. hehehe. 


Peluang Blogger Menangi RM8000 dengan Minyak Herba Asmak
Produk Minyak Herba Asmak selamat sampai ke destinasi

Jadi dalam beberapa hari lagi (20 November) saya akan publish satu artikel tentang review/ulasan mengenai Minyak Herba Asmak yang dikeluarkan oleh Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd.

Berkesan atau tidak? Sama-sama kita nantikan :)

Baca artikel saya mengenai produk ini - Minyak Herba Asmak - Satu Ulasan Ikhlas

Related : Peluang Blogger Menangi RM8000 dengan Minyak Herba Asmak

6 Komentar untuk "Peluang Blogger Menangi RM8000 dengan Minyak Herba Asmak"

Pernah buat review minyak ni tp minyak asma bukan asmak. Ehh ni ada adik badik minyak ker. Heheheh.. salam kenal

Yang ni penjenamaan semula.. kira adik beradik baru lah ni.. haha

Wah, selamat berjaya ni Aiman. Banyakkan membaca pasal tips SEO, insyaAllah mudah-mudahan terpilih.

Yup, sekarang tengah menimba ilmu pasal SEO, buku panduan SEO pun dah beli.. hehe

Kalau ikutkan terma & syarat, dah habis tarikh pendaftaran, tapi Unni Anje boleh try contact no yang tertera. Mana tahu masiha ada ruang