Siri Animasi BoboiBoy Galaxy (Episode 1 - Episode 26)


Siri Animasi BoboiBoy Galaxy (Episode 1 - Episode 26)


Assalamualaikum dan Selamat sejahtera, hari ini saya nak berkongsi satu lagi siri animasi yang diterbitkan oleh syarikat tempatan Monsta iaitu siri animasi Boboiboy Galaksi yang merupakan sambungan kepada siri animasi BoboiBoy. 

Siri animasi popular BoBoiBoy ini diteruskan dengan siri terbaru berjudul BoBoiBoy Galaxy. Penjenamaan semula siri animasi BoBoiBoy itu bakal menyaksikan kelainan pada penampilan hero cilik mereka. Sekuel baru ini akan memfokuskan lebih banyak aksi pengembaraan BoBoiBoy bersama rakan-rakannya iaitu Yaya, Gopal, Ying dan Fang menghadapi penjalanan yang lebih mencabar. BoBoiBoy Galaxy akan berkisar mengenai kisah mereka yang mengembara dari planet ke planet sekitar galaksi untuk mencari Sfera Kuasa baru. Akan disiarkan di slot Bananana TV3 bermula 25 November 2016, setiap Jumaat pada pukul 5 petang.

Jadi kepada peminat siri ini, jangan lupa untuk menonton. Yang pasti BoboiBoy kali ini lebih fresh dan lebih aksi. Kesemua watak pun dah menjadi remaja sekarang yang sudah pasti menjanjikan lebih keseronokan. By the way, saya dah tengok episode pertama, pergghh memang terbaik.


SEDIKIT MAKLUMAT MENGENAI SIRI ANIMASI BOBOIBOY GALAXY

EPISOD : 26 episod
GENRE : Superhero, Action, Adventure, Sci-Fiction
TARIKH TAYANGAN : 25 November 2016
HARI / MASA : Jumaat, 5.00 petang
SIARAN : Bananana TV3
PENGARAH : Nizam Razak
TERBITAN : Animonsta Studios Sdn Bhd


INGIN MENONTON SIRI ANIMASI BOBOIBOY GALAXY? SILA LIHAT DI BAWAH:


BOBOIBOY GALAXY EPISODE 1








Related : Siri Animasi BoboiBoy Galaxy (Episode 1 - Episode 26)

4 Komentar untuk "Siri Animasi BoboiBoy Galaxy (Episode 1 - Episode 26)"

BoboiBoy banyak unsur lawak, itu yang best kalau tengok.. haha

Terima kasih untuk episod pertama! Teruskan upload untuk episod seterusnya! Memang terbaik!!! 🇲🇾

Sama-sama teruskan support blog ni :)