Brute Pomade: Satu Review yang Ikhlas


BRUTE POMADE



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua readers. Dengan kesempatan yang ada ini, izinkan saya untuk membuat review bertulis pertama mengenai pomade. Jadi pomade yang menjadi pilihan saya pada kali ini ialah BRUTE POMADE. Pomade ini iaitu BRUTE POMADE akan dinilai dari 4 aspek iaitu PACKAGING, TEXTURE & SCENT, HOLD & SHINE, dan APPLICATION. 

BRUTE POMADE:
Satu pomade Unorthodox Waterbased (UWB) yang telah dikeluarkan oleh Notorious Grooming pada tahun 2016. Pomade ini dikatakan sebagai homebrewer dan telah dibrewer sendiri oleh ownernya iaitu Bro Izhar a.k.a Koperasi Pomade. Kelebihan yang ada pada BRUTE POMADE ialah saiznya yang besar gedabak (6oz/180gram) tetapi dengan nilai yang hebat iaitu RM45 sahaja. :)

PACKAGING: 
Bagi packaging pomade ini, ia telah didatangkan di dalam satu bekas kaca Mason Jar dan dilengkapi dengan lid aluminium. Packaging seperti ini menjadi sebab BRUTE POMADE ini kelihatan berprestij dan elegen (setaraf dengan pomade antarabangsa) kerana seperti yang kita tahu konsep glass jar + aluminium lid adalah satu konsep packaging yang popular di kalangan pomade-pomade antarabangsa dan penggunaanya semakin meningkat di dalam industri pomade tempatan. Labeling pomade ini juga menarik dengan gabungan fonts yang retro + pemilihan warna hitam dan merah memudahkan pengguna untuk membaca apa yang tercetak. Description mengenai pomade, cara penggunaan dan ingredients (100% no chemicals) turut dimuatkan di dalam labeling BRUTE POMADE ini. Memang terbaiklah, lebih-lebih lagi kalau anda baca description dia.. hahaha. "you magnificent bastard". Di atas lid pula ada logo gorilla sedang menghisap cigar dengan caption don't panic it's organic. Bagi saya logo dia dah macam ala-ala gangster Afrika, ganas bebb, sama ganas macam pomadenya :))

TEXTURE & SCENT:
Texture BRUTE POMADE pula macam plasticine, kalau anda pernah main plasticine, haaa, macam itulah texture dia. Lembut dan smooth jer (Ini ikut pandangan sayalah, jadi kalau tak betul tak tahulah). Kalau  Nak scoop pun tak susah senang jer, sama ada nak pakai belakang kuku or scoop macam biasa pun boleh. Kalau saya prefer untuk scoop pakai belakang kuku, sebab saya suka scoop banyak-banyak. Manakala scent dia pula ialah peppermint (berangin + bau macam ubat gigi) satu bau yang unik di dalam industri pomade kita. Memang syahdu bau dia macam coklat mentos pun ada, kalau yang selsema tu, bolehlah hidu pomade ni, Insya-Allah rongga hidung anda akan terbuka balik dan tidak lagi tersumbat.. hahaha.

HOLD & SHINE:
Jika Hang Tuah keistimewaan terletak pada namanya, maka BRUTE POMADE kehebatannya terletak pada holdnya. Dalam banyak-banyak pomade, hold yang ada pada pomade inilah yang paling saya suka. Label FIRM HOLD pada pomade ni sepatutnya ditukar kepada strong hold, sebabnya kenapa? Sebabnya pomade ni hold dia memang padu + strong, satu-satunya pomade yang boleh angkat pomp saya selama 6-8 jam tanpa ada satu pun rambut yang jatuh. Berbeza dengan pomade yang lain, biasanya dalam 4 atau 5 jam rambut akan mula lembut dan jatuh ke bawah. (rambut saya memang sukar untuk maintain). Jadi saranan saya, jika anda ingin menggunakan pomade ini, pastikan selepas anda apply, terus sikat rambut dan bentuk pomp yang anda cintai, sebab dalam masa 10 minit, hold dia akan meningkat kepada STRONG HOLD. Dari segi shine, pomade ini pada pendapat saya dia lebih kepada natural look sedikit, jadi walaupun di labelnya tertulis HIGH SHINE, tapi pada pandangan saya shinenya lebih kepada MEDIUM TO LOW SHINE. Jadi kepada shine pomade addiction, pomade ini mungkin bukan pilihan kepada anda. Tapi tidak salah untuk mencuba kan? bak kata pepatah, tak kenal, maka tak cinta.


BRUTE POMADE

BRUTE POMADE


APPLICATION:
Disebabkan teksturnya yang lembut dan silky, maka applicationnya juga mudah. Colek pomade, letak di tapak tangan dan gosokkan tangan anda. Proses smearing cukup senang. Semasa apply di rambut, pastikan anda dah smear betul-betul, kalau tidak flaky-flaky putih akan terbentuk pada rambut yang memungkinkan orang beranggapan anda mempunyai kelumumur (pengalaman sendiri - orang terkejut tengok rambut ada putih-putih). Disebabkan pomade ini sedikit kesat, tangan anda juga akan kesat, dan akan berlaku sedikit tug and pull yakni akan ada rambut yang terputus dan melekat di tangan/sikat anda. Tapi jangan bimbang itu perkara biasa, manusia dalam sehari akan mengalami 100 helai keguguran rambut dan akan diganti dengan rambut yang baru. Sumber - 100 helai rambut gugur setiap hari


KONKLUSINYA:
KELEBIHAN --> BRUTE POMADE merupakan satu pomade berkualiti dengan harga yang mampu dimiliki semua. Pomade ini mampu bertahan lama dan mampu menolong anda untuk berjimat tetapi dalam masa yang sama menjaga penampilan. Mempunyai hold yang saya boleh bagi 4.5/5, shine 3/5, teksturnya 4/5 dan scentnya juga adalah satu perkara yang unik, bagi saya 4/5.

KELEMAHAN --> Setiap perkara mesti ada pro dan kontra, bagi saya kelemahan pomade ini ialah build-up yang ditinggalkan selepas mandi. Bagi saya tidak relevan pomade UWB untuk mempunyai build-up yang agak banyak. (walaupun selepas shampoo, build-up masih dapat dirasai iaitu rambut masih lagi berasa kesat). Rata-rata pengguna yang membeli BRUTE POMADE, melontarkan rasa kecewa dengan kesukaran untuk menghilangkan build-up walaupun shampoo + conditioner telah dipakai.Jadi saranan saya kepada saudara Koperasi Pomade untuk mengambil kelemahan yang ada ini, untuk menaik taraf formula supaya hal seperti ini dapat diselesaikan. Walaubagaimana pun, bagi saya BRUTE POMADE adalah satu pomade yang terbaik, setaraf dengan pomade berkelas dunia :)


P/S: Blog ini mempunyai Search Engine Optimization (SEO) yang bagus iaitu 95%. Insya-Allah dalam 2-3 minggu, post yang ada di dalam blog ini akan berada pada page pertama pencarian di GOOGLE. Jadi jika anda berminat untuk saya reviewkan pomade anda di dalam blog ini, bolehlah contact saya di FB Aiman ataupun email kepada saya di aimansic97@gmail.com


POMADE
Bukti pencarian bagi ROCKET POMADE

Related search:


  • brute pomade
  • brute pomade review
  • malaysian pomade
  • malaysia pomade
  • malaysia pomade shop
  • malaysia pomade price
  • malaysia pomade store
  • malaysia pomade kl
  • malaysia pomade brand
  • malaysia pomade wholesale
  • pomade malaysia buy
  • malaysia best pomade
  • pomade malaysia borong
  • malaysia pomade water based
  • pomade malaysia cod
  • pomade malaysia dropship
  • pomade malaysia dealer
  • pomade malaysia facebook
  • malaysia hair pomade
  • pomade malaysia halal
  • pomade malaysia instagram
  • pomade malaysia johor
  • pomade malaysia lelong
  • malaysia local pomade
  • pomade malaysia lowyat
  • pomade malaysia murah
  • malaysian made pomade
  • pomade malaysia mudah
  • pomade malaysia online
  • malaysia pomade review
  • malaysian pomade shop
  • pomade malaysia sale
  • pomade malaysia supplier


Related : Brute Pomade: Satu Review yang Ikhlas

0 Komentar untuk "Brute Pomade: Satu Review yang Ikhlas "